Memperkenalkan

Al-Andalus

Tamadun Islam yang Hilang

Pakej Al-Andalus:
Eksplorasi Warisan Islam yang Mengubah Dunia

Alami sendiri keindahan sejarah Islam yang agung di bumi Sepanyol dan Portugal melalui Pakej Al-Andalus — sebuah pengembaraan penuh inspirasi yang membawa anda menjejak langkah para ilmuwan, pemimpin, dan pahlawan Islam. Dari detik bersejarah pembukaan oleh Panglima agung Tariq Ibn Ziyad pada tahun 711M, hinggalah kejatuhan Kota Alhambra pada 1492M, Al-Andalus telah menjadi mercu tanda kegemilangan tamadun yang menjadi asas kepada kemajuan Barat moden hari ini. Sertai kami dan saksikan sendiri tinggalan kegemilangan yang membentuk dunia!

Antara tempat-tempat menarik

Antara tempat-tempat menarik

Toledo

Toledo pernah menjadi salah satu pusat penting pemerintahan Islam di Sepanyol, dikenali sebagai “Bandar Tiga Agama” kerana kepelbagaian budaya Islam, Kristian, dan Yahudi yang hidup harmoni. Kota ini terkenal sebagai pusat ilmu dan seni yang maju, memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu Islam ke Eropah.

GRANADA

Granada

Granada adalah pusat kerajaan Islam terakhir di Andalusia, terkenal dengan istana Alhambra yang megah. Ia melambangkan keindahan seni, ilmu, dan budaya Islam sebelum penyerahan pada 1492, menandakan berakhirnya zaman kegemilangan Islam di Sepanyol.

Málaga

Malaga, sebagai pelabuhan penting di era pemerintahan Islam, berkembang menjadi pusat perdagangan dan kebudayaan yang maju. Warisan seni bina Islam seperti kubu Gibralfaro menjadi bukti kejayaan tamadun Islam di kota ini.

Ronda

Ronda merupakan salah satu kota penting pada zaman pemerintahan Islam di Andalusia. Terkenal dengan lokasi strategiknya di atas gaung curam, Ronda berperanan sebagai kubu pertahanan dan pusat pentadbiran.

Sevilla

Pada abad ke-10, Taifah Seville di bawah pemerintahan Bani Abbad berkembang pesat sebagai pusat politik dan budaya di Andalusia. Kemudian, ia menjadi ibu kota Daulah Al-Muwahhidun dari Maghribi, menandakan zaman kegemilangan baru bagi kota ini.

Córdoba

Digelar “Kota Berlampu” kerana cahaya lampu yang menerangi jalan-jalannya pada waktu malam, menandakan kemajuan dan kecanggihan bandar ini. Cordoba bukan sahaja pusat ilmu dan kebudayaan, tetapi juga simbol keamanan dan kemakmuran. Ribuan lampu yang menyinari kota ini menggambarkan kejayaan tamadun Islam yang bersinar terang di Eropah pada abad ke-10.

Info Pakej

e222210b8f3f42af8889b8a340488a61
shutterstock_2088933058-0-0-0-0-1738745821
Alhambra_palace-01
shutterstock_2088933058-0-0-0-0-1738745821
Alhambra_palace-01
e222210b8f3f42af8889b8a340488a61
shutterstock_2088933058-0-0-0-0-1738745821
e222210b8f3f42af8889b8a340488a61
Alhambra_palace-01

11H9M

RM12,990

Madrid
Toledo
Málaga
Sevilla
Granada
Ronda
Córdoba
Jakarta
Bandung
Servis Termasuk
Servis tidak Termasuk

Thank you for your submission

Thank you for submitting your request. We appreciate your interest in our services. Our dedicated team is now reviewing your details and will get back to you shortly with a personalized proposal and further information.

Thank you!

Pakej Umrah Persendirian

12 Hari 10 Malam